Tuesday, November 27, 2007

lagu smk st luke

MIGHTY ST. LUKE
Mighty St. Luke, we behold
To give light is our school motto
Tall, proud, unwavering
Caring, sharing and loving

Mighty St. Luke, we proclaim
To bring fame and glory to thy name
Unbeatable, undauntedly proud we stand
Proud and steadfast in our motherland

Dedicated teachers we possess
Bringing St. Luke to success
Working together closely as a team
Striving towards a common dream

Mighty St. Luke, we promise thee
Good, hardworking students we must be
Thy good name we will uphold
Loyal citizens of tomorrow

LAGU SEKOLAH SMK SIMANGGANG

Lagu Sekolah
SMK Simanggang tempatku berjuang
demi cita cemerlang
Semoga-kan hilang rintangan menghalang
masa depan gemilang
Hormat-menghormati berbudi pekerti
menimba ilmu diberi
Nasihat mu guru terus dihormati
sekolah yang ku cintai
Berdisiplin Berilmu Berbakti
amalan yang murni
Berusaha seikhlas hati
demi pertiwi
SMK Simanggang tempatku berjuang
demi cita cemerlang
Semoga-kan hilang rintangan menghalangmasa
depan gemilang

LAGU SEKOLAH SMK SRI AMAN

LAGU SEKOLAH SRI AMAN
PUTERA PUTERI SMK SRI AMAN
Kami Penggerak Wawasan,
Putera Putri SMK. Sri Aman,
Berterusan Taqwa Dan Keimanan,
Maju Menuju Kecemerlangan,

Kami Penyambung Perjuangan,
Putera Puteri SMK. Sri Aman,
Berbekalkan Ilmu Pengetahuan,
Melangkah Ke Arah Kejayaan,
Di Bumi Sarawak Yang Makmur,
Jasa Bakti Kekal Akan Ditabur,
Kami Penggerak Insan Berbudi Luhur,
Merealisasi Wawasan Termashyur,

Kami Jentera Pembangunan,
Putera Puteri SMK Sri Aman,
Berasaskan Nilai Keadilan,
Terciptalah Keseimbangan.

MISI SMK ST LUKE

MISI SEKOLAH
Mewujudkan sekolah kita sebagai 'learning organization'
Mengamalkan budaya membaca dan menulis
Mewujudkan sekolah yang mesra insan (penyayang) dan berintegrasi
Mengoptimumkan penggunaan ICT
Memaksimumkan kemenjadian murid
Membudayakan penyelidikan dan pembangunan

MISI SMK SIMANGGANG

MISI SEKOLAH
Berjanji untuk menyediakan perkhidmatan professionalyang kompeten, prasana yang berkualiti tinggi,kegemilangan dalam aspek kurikulum,kokurikulum serta iklim sekolah yang kondusifbagi menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonisuntuk memenuhi aspirasi negara Malaysia.

MISI SMK SRI AMAN

MISI SMK SRI AMAN
Mengamalkan pendemokrasian pendidikan serta pendidikan bermutu untuk semua dan mengutamakan nilai-nilai murni untuk menjamin keharmonian yang jitu. Memupuk persefahaman dan permuafakataan di kalangan warga sekolah yang berbilang kaum, agama dan latar belakang budaya yang berlainan. Berusaha mengekalkan

MATLAMAT SMK ST LUKE

MATLAMAT SMK ST LUKE
Ke arah Kecemerlangan dengan memaksimumkan semua sumber yang ada

MATLAMAT SMK ST LUKE

MATLAMAT SMK ST.LUKE
Ke arah Kecemerlangan dengan memaksimumkan semua sumber yang ada

MATLAMAT SMK SRI AMAN

MATLAMAT SMK SRI AMAN

Mencapai kegemilangan dan kecermelangan dalam semua aspek khasnya akdemik, ko-kurikulum dan sahsiah supaya menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

VISI SMK SIMANGGANG


VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggangberkualiti tinggi, cemerlang, dan gemilang menjelang tahun 2010.

VISI SMK SIMANGGANG

VISI SMK SRI AMAN

VISI SMK SRI AMAN
SMK Sri Aman berhasrat untuk menyediakan sekolah yang optima supaya dapat melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan berketrampilan agar mampu menyesuaikan diri dan berdaya saing dalam perkembangan dunia yang pesat serta dapat menyumbang secara positif ke arah pembangunan

VISI SMK ST LUKE

VISI SEKOLAH
SMK St. Luke mencapai status Sekolah Berkesan Menjelang 2007

SEJARAH SMK ST LUKE

SMK ST LUKE <>
Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Luke ini diasaskan oleh Reverend Father William Crossland pada 1863. Beliau berasal dari Eropah dan telah dihantar ke Banting, sebuah perkampungan masyarakat Iban di daerah Lingga, Sri Aman. Setelah beberapa bulan menjalankan tugas-tugas mubaligh di sana, beliau telah mendirikan sebuah stesyen baru di Sabu, tapak terletaknya SK St. Lawrence, Sri Aman sekarang ini. Di situlah beliau memulakan usaha beliau untuk memberi pendidikan kepada anak-anak masyarakat pribumi. Langkah pertamanya ialah menjalankan pendidikan secara tidak formal kepada masyarakat setempat.
Pada mulanya, proses pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan di rumah Father Crossland kerana tiada bangunan sekolah. Jumlah murid hanyalah 15 orang. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara tidak formal. Aktiviti pembelajaran hanya dijalankan jika beliau mempunyai kelapangan dan tidak terikat dengan tugas-tugas pendakwaan di tempat lain.
Pada tahun 1867, Father Crossland terpaksa meninggalkan Borneo kerana kurang sihat. Akibatnya sekolah St. Luke terpaksa ditutup. Namun usaha mulia beliau untuk mendidik anak-anak pribumi di St. Luke diteruskan oleh rakan seperjuangannya iaitu William Howell pada tahun 1878. Atas usaha beliau yang gigih, akhirnya sebilangan muridnya telah berjaya dilatih untuk menjadi tenaga guru di sekolah yang sama. Pada tahun 1928, selepas berkhidmat selama 50 tahun, beliau telah bersara.
Father Arthur Stonton telah mengambil alih tugas yang telah ditinggalkan oleh Father Howell. Beliaulah yang bertanggungjawab memindahkan ibu pejabatnya serta sekolah St. Luke ke kawasan Munggu Sabun berdekatan dengan gereja baru St. Luke sekarang. Father Stonton adalah orang yang bertanggungjawab dalam melahirkan banyak tenaga tempatan sebagai pengajar di sekolah ini waktu itu. Antara tenaga pengajar pribumi ketika itu (1931) ialah En. Bentai, En. Willie, En. Lee Hoa Sen, En. Alfred Linggang, En. Maurice Liboh, En. Giri dan En. Kay Koon. Ketika iti mereka hanya diberikan gaji sebanyak $8.00 sebulan. Enrolmen pelajar juga telah meningkat kepada 50 orang dan para pelajar telahpun mempunyai pakaian seragam sekolah putih (baju) dan hitam (seluar/skirt).
Semasa pendudukan Jepun, Father Stonton telah diberkas di Kem Tahanan Batu Lintang, Kuching bersama ratusan tahanan perang yang lain. Pada ketika itu, hanya tiga orang pengajar masih meneruskan tugas mereka. Mereka ialah Mr. Anding, Mr. Alfred Linggang dan Cik Lily Nanang. Sekolah St. Luke telah dijadikan sebagai sekolah Jepun dengan bahasa Jepun dan lagu kebangsaan Jepun diajarkan kepada para pelajarnya. Antaranya orang yang menjadi pelajar ketika itu adalah En. Stephen Landong (salah seorang Pengetua Sekolah ini kemudiannya).
Selepas pendudukan Jepun tamat (1945), Father Stonton dibebaskan dan kembali berkhidmat di sekolah St. Luke dan bersara pada 1957. En. Wellington Rufus Nanang adalah antara bekas pelajar dan guru sekolah ini yang paling berjaya ketika itu. Beliau merupakan antara guru terlatih yang pertama berkhidmat di St. luke pada tahun 1950. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negara pada tahun 1958 dan berjaya mendapat ijazah. Guru Besar yang telah berkhidmat selepas Father Stonton ialah En. Baker. Namun beliau hanya berkhidmat di St. Luke dalam jangka masa yang agak singkat. Selepas beliau, Reverend Father Tenant telah mengambil alih tugasnya sebagai Guru Besar. Antara guru-guru dan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini selepas Rev. Father Tenant termasuklah :
Encik Baker (1960 - 1961)
Encik Garland (1962 - 1964)
Encik Hilton Muda (1965)
Encik Chang Yu Hui (1965 - 1967)
Encik K.V. Varghese (1968 - 1970)
Encik Ricky Ho Chee Hong (1971 - 1974)
Encik Robert Yong Mok Seng (1975 -1978)
Encik Nicholas Ansie (1978 - 1981)
Encik Stephen landong (1981 - 1982)
Encik Tay Jik Kaw (1982 - 1984)
Encik Hilary Jugah (1985 - 1987)
Encik Nicholas Ansie (1987 - 1994)
Puan Ngian Silang (1994 - 2000)
Encik Wong Hiong Foo (2001 - sekarang)
Tahun 1967 merupakan detik bersejarah bagi sekolah ini kerana Sekolah St. Luke telah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Bantuan St. Luke dan Sekolah Menengah Bantuan St. Luke. Pemisahan ini berlaku berikutan siapnya bangunan dua tingkat di tapak letaknya Blok A sekarang ini.
Pada tahun 1968 sehingga 1970, pentadbiran sekolah dikendalikan oleh Encik K.V. Varghese. Selepas itu, En. Hilton Muda dan Father Basil Temenggung memikul tugas sebagai pentadbir sekolah secara bersama sehingga En. Ricky Ho melapor diri sebagai Pengetua Sekolah yang baru. Manakala, En. Stephen Landong pula dilantik sebagai Penolong Kanan.
Pada tahun 1975, En. Robert Yong telah mengambil alih tugas En. Ricky Ho sebagai pengetua sekolah SMB St. Luke sehingga tahun 1978. Semasa perkhidmatan beliau, bilangan pelajar telah meningkat dan memerlukan pertambahan jumlah kelas. Akibatnya beliau telah mengubahsuai Blok Asrama Lelaki yang tidak digunakan menjadi lima buah kelas yang baru. Blok yang dimaksudkan adalah Blok F sekarang.
Pada tahun 1978 sehingga 1981, jawatan pengetua telah disandang oleh En. Nicholas Ansie. Semasa pentadbiran beliau, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah mengambil keputusan meneruskan usaha En. Ricky ho bagi mendirikan sebuah lagi bangunan dua tingkat (Blok B) dan membina kuarters guru bagi menampung pertambahan pelajar dan guru-guru. Untuk menjayakan misi tersebut, pihak sekolah telah mengadakan Fun-fair setiap tahun sehingga memperolehi dana yang cukup bagi merealisasikan impian tersebut. Pada tahun 1979, ternyata impian tersebut telah menjadi kenyataan.
Pada tahun 1981, sebuah lagi bangunan semi-permanent woodwn classroom telah dibina. Bangunan ini dibina atas cadangan pihak ibu-bapa pelajar yang mahu anak-anak mereka belajar dalam satu sesi pembelajaran sahaja (satu sesi). Pembinaan bangunan tersebut banyak dibantu oleh sumbangan ibubapa dan atas kerjasama pihak Rangers dari Kem Pakit. Ia siap dibina semasa pentadbiran En. Stephen Landong. Pada ketika ini juga, Sekolah Menengah St. Luke memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran Bahasa Melayu buat pertama kalinya. Aliran Bahasa Melayu telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1985.
Bangunan kayu yang menempatkan 5 buah kelas tersebut akhirnya dirobohkan pada tahun 1995 kerana pihak sekolah ingin membina bangunan dua tingkat (Blok C) yang boleh memuatkan 10 bilik kelas yang baru. Kos pembinaan bangunan tersebut adalah setengah juta ringgit Malaysia. Sehingga tahun 1993, Sekolah Menengah Bantuan St. Luke hanya mampu menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Tiga sahaja. Pada tahun 1994, Tingkatan Empat telah dimulakan kelasnya dan empat tahun kemudian, Sekolah Menengah Bantuan St. Luke dinaik taraf menjadi sekolah Gred A.
Ketika ini, SMK St. Luke sedang dalam usahanya menjayakan projek 2003 bagi mempertingkatkan prasarana dan kemudahan sekolah. Pada tahun 2003 juga, buat pertama kalinya sekolah ini menawarkan kelas aliran sains bagi tingkatan empat. Justeru itu, sekali lagi pihak sekolah menghadapi keperluan untuk menambah bangunan kelas yang sedia ada.
Adalah menjadi harapan pihak sekolah untuk menjadikan SMK St. Luke sebuah institusi pendidikan yang disegani dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi setiap warga St. Luke.

SEJARAH SEKOLAH SMK SRI AMAN< SRI GAMANG>

SEJARAH SMK SRI AMAN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI AMAN TELAH DICADANG UNTUK DIBINA PADA AKHIR TAHUN 1994 BIBAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE 17 DAN SIAP SEPENUHNYA PADA 14 JULAI 1997.TEMPOH PEMBINAANNYA MENGAMBIL MASA HAMPIR 2 TAHUN YANG MENELAN PERBELANJAAN SEBANYAK RM 11.63JUTA.
PENGAMBILAN MURID YANG PERTAMA PADA TAHUN 1996 DENGAN SERAMAI 130 ORANG DARI ‘FEEDER SCHOOL’DI SEKITAR DAERAH SRI AMAN YANG KETIKA ITU MENUMPANG DI SMK MELUGU PADA TAHUN 1995.MENJELANG 1998,SMK SRI AMAN MULA BEROPERASI SEBAGAI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA HARIAN DENGAN JUMLAH PELAJAR SERAMAI 483 ORANG MURID DARI TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 3.TENAGA PENGAJARNYA SERAMAI 24 ORANG DAN 6 ORANG STAF SOKONGAN PADA KETIKA ITU.
DARI AWAL PENUBUHANNYA HINGGA 2006,SEKOLAH INI TELAH DITERAJUI OLEH 2 ORANG PENGETUA BERMULA DENGAN ENCIK AFFANDI B HAJI ROSLI(1997-2004) DAN ENCIK ABANG OTHMAN BIN ABANG MASAGUS(MEI 2005 HINGGA SEKARANG)
BERMULA DARI SESI PERSEKOLAHAN 2006,SMK SRI AMAN MENGADAKAN 2 SESI. SESI PAGI TERDIRI DARIPADA TINGKATAN 3,4,5 DAN 6 RENDAH MANAKALA SESI PETANG,KELAS PERALIHAN, TINGKATAN 1 DAN 2.SEHINGGA KINI TERDAPAT SERAMAI 1609 ORANG PELAJAR DENGAN DIBANTU OLEH 79 TENAGA PENGAJAR DAN 16 ORANG STAF SOKONGAN.





Thursday, November 15, 2007

MATLAMAT SMK SIMANGGANG

MATLAMAT SMK SIMANGGANG










Mewujudkan prasarana yang berkualiti tinggi untuk kelancaran dan keberkesanan aktiviti akademik , kokurikulum , sosial , kebudayaan dan keagamaan demi melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani.
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat untuk keharmonian hidup dan pelaksanaan semua aktiviti di sekolah.
Memastikan perkhidmatan pengurusan, pengajaran, kaunseling, bimbingan, kembajikan, latihan dan asuhan diberi oleh guru dan kakitangan am yang terlatih, berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas.
Melahirkan pelajar untuk sentiasa mempunyai tahap disiplin yang tinggi, berakhlak mulia, beramah, bertanggungjawab serta peka terhadap persekitaran.
Membentuk pelajar sebagai individu yang percaya dan patuh kepada Tuhan.
Melahirkan pelajar yang mempunyai kesejahteraan diri, setia dan cintakan keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
Memupuk perpaduan kaum dan cara hidup yang harmoni dikalangan warga sekolah

SEJARAH SMK SIMANGGANG

SEJARAH SMK SIMANGGANG







Tahun
1960
Penubuhan SMK Simanggang.Dewan Brooke digunakan sebagai bilik darjah yang mempunyai 53 orang pelajar.
1962
Pindah ke tapak tetapnya (lokasi sekarang).Mempunyai satu blok bilik darjah, dewan makan, blok pentadbiran, dan bilik guru, makmal sains (Blok J), Asrama Hicks dan Green, bengkel kerja kayu dan padang bola sepak Senior.
1976
Tingkatan 6 rendah bermula (sebuah kelas sains dan sebuah kelas sastera).Koperasi SMK Simanggang Sdn. Bhd. ditubuhkan secara rasmi.
1983
Bimbingan dan kaunseling diperkenalkan.
1986
Sistem mata (merit/dimerit) diperkenalkan.
1990
Rancangan meningkatkan Prestasi diperkenalkan.
1992
Dua buah kelas telah diubahsuai menjadi MIni Teater Sekolah.
1994
Pengubahsuai Dewan Sekolah bermula (kini dikenali sebagai Dewan Setia Kasih).
1996
Gelanggang serbaguan di hadapan kuartes lama guru (berdekatan dengan padang bola senior) siap dibina.
1999
Bimbingan dan kaunseling telah dikemaskinikan dengan tertubuhnya Ahli Jawatankuasa mereka sendiri.
2000
Blok G musnah dalam satu kebakaran yang disebabkan olehlitar pintas elektrik
2002
Bangunan kuarters baru siap sepenuhnya.Pengubahsuaian kantin sekolah bermula.
2003
Blok G telah digantikan denganbangunan baru yang berfungsi sebagai Makmal Komputer untuk tujuan pendidikan.
2004
Makmal komputer mula digunakan untuk Program Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPT) bagi guru-guru (22hb. November hingga 13hb. Disember).
2005
Perlancaran Visi, Misi, Matlamat dan Slogan Sekolah secara rasmi.Penghasilan Buku Maklumat Sekolah.

ABOUT US

AR3_JIZZ SIFFUU_SASUKE
Peribadi

Berumur 18 tahun .berasal dari miri sarawak,sekarang menetap di bandar sri aman .
Pendidikan
Pernah mendapat pendidikan awal di sjk chung hua stapok,smk batu kawa,smk simanggang dan pusat giatmara.
Minat
Seorang yang minat giler dengan pasukan manchester united,minat bermain futsal dan bola sepak.meminati software-software komputer dan booter.
Masa lapang saya
Buat bodo,menonton tv surfing enternet,berjalan-jalan,
Sumber inpirasi
Wayne rooney ( panas baran,serius,hensem,cute,pandai bermain bola sepak)
Suka laman web
world soccer,youtube,google,friendster dan myspace
hubungi saya di email.siffuu_blaster@yahoo.com.my n siffuu_sourlz@yahoo.com.my
no fon :012-8591716

Arzy Hamasaki
Peribadi ..
Berumur 18 tahun.Berasal dari sabah.Sekarang menetap di sri aman.
Pendidikan..
Pernah mendapat pendidikan di Sk agama MIS,SMK Sri Aman dan Giatmara.
Minat..
Seorang yang meminati cerita jenaka,seram dan meminati muzik.Meminati komputer.
Masa Lapang Suka..
Berjalan-jalan,makan,surfing internet,mendengar muzik ,membaca majalah,lepak,tidur..
Sumber Inspirasi..
Sumber inspirasi saya ialah kedua ibubapa saya…kerana penyayang dan sporting...
Suka masuk laman web..
Google.com,youtube.com,friendster..
Hubungi saya di….
Arzy_89@yahoo.com
0168928826..

Meylameylziey sakura
PERIBADI
Berumur 18 tahun berasal dari sri aman Sarawak.sekarang menuntut di pusat giatmara sri aman
PENDIDIKAN
Pernah mendapat pendidikan di sk agama sri aman ,smk sri aman dan giatmara.
MINAT
Seorang yang ngegeh meminati muzik,cerita jenaka,animasi style,acsesories,dan cara pemakaian.
MASA LAPANG SUKA
Makan , jalan-jalan,baca novel,kemas rumah,tidur dan message dengan kawan.
SUMBER INPIRASI
My family lar.coz them love me so much n take care of me…
SUKA MASUK LAMAM WEB
Google.com,myspace.com,nokia.com
HUBUNGI SAYA
EMAIL: MEYLAMEYLZIEY@YAHOO.COM
NO FON : 0194388915

Tuesday, November 13, 2007

SEKOLAH DI SRI AMAN

SMK SIMANGGANG